Tuesday, 23 September 2014

Kuih seri Ayu

Salam semua..
Tadi kat dalam group whatsapp Team Power ada yang bertanya kan resepi kuih seri ayu..jom dy nak bg resepi

Nak buat acuan plak takde..ingat lagi masa sekolah bgn pg2 buat kuih seri ayu dan hantar jual kat pasar pagi..masa tu nak kumpul duit utk bayar yuran SPM..ni pun belajar dr mak saudara dan balik dy buat sendiri..

Bahan2 nya

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudukecil ovellete
1 sudukecil perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putih + dgn sikit tepung gandum dan garam
1 sudu kecil baking powder dan ayak bersama tepung gandum
Petua...
Ayak tepung sebanyak 2 kali bg ringan tepung tu

Cara-cara

1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg.
2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih hingga masak.gunakan lidi utk test sama ada melekat pada lidi atau tak

Petua
Pukul telur dulu sehingga berbuih baru masukkan gula dgn ovellet
Selamat mencuba

Sunday, 21 September 2014

Lompat Tikam Tupperware

Hari ke2 di dapur aidil Tupperware..
So terlintas arini nak buat kuih lompat tikam..

Ingat plak negeri cik siti wan kembang tempat aku dibesarkan.

Jom apa kata korang cuba buat sbb simple je.

Kuih Lompat Tikam


Lapisan hijau:
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur

Lapisan putih:
1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam

Pulut Merah
1 cawan pulut
Santan cair secukupnya
Garam secukupnya

Air gula melaka:
1keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan

Cara lapisan hijau:
Gaul rata semua bahan lapisan hiau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk diangkat, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk kayu.

Masakkan adunan ini ke dalam kuali dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula mula saya kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.


 
Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.  


Cara lapisan putih:
Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.

Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.

Nota: lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap


Cara Pulut Merah:
Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit. 

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.    

Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan.
Masukkan juga sedikit pulut.

Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka.



Saturday, 20 September 2014

Pink organizer multipurpose Tupperware

Bersempena dgn hari kelahiran saya yang ke ... pada 23 Sept ni, saya nak kasi special price utk pink organizer multipurpose.

Harga nya adalah RM60
Stok hanya ada 10 set sahaja..sapa cepat dia dapat.
Hubungi saya Aidil 0176957998



Agar-agar santan gula melaka

Alhamdulillah barang yg customer pesan dah pun hantar tadi..so apa kata kita masuk dapur buat agar2 santan gula merah.

Korang nak ke resepi..jom saya share dgn korang resepi ye dan selamat mencuba.



RESEPI AGAR AGAR NISE / GULA MELAKA
Bhn2

Agar2 tali - 1/2 paket yg 20gm tu
Air - 3 cawan
Santan - 1 cawan
Telur - 1 biji 'A' ( pecahkan ke dlm sntan)
Nise / gula melaka - 3 keping
Sdkt gula

- masak agar2 dgn air hingga agar2 larut.
- masukkan nise/ gula melaka dan sdkt gula.
- bila nise dan gula dh hancur, masukkan sntan bersama telur.
- pastikan agar2 sentiasa dikacau.
- bila mendidih kali pertama, terus tutup api..
- sejukkan dan sedia dimamam...

Friday, 19 September 2014

Yang mana 1 pilihan saya. I LOVE TUPPERWARE

Nyum nyum. Sedapnya maruku ni tapi ngah fikir nak isi dlm one touch hijau atau biru atau pun nak isi dlm tall canister oren

Mana mana pun tak kisah sbb kedap udara dan rasanya tetap sedap. Yelah sebab tak masuk angin kan.

Jadi apa tunggu lagi..jom dapatkan salah 1 item di bawah pada harga yg sangat berpatutan dan berkualiti.

Hubungi saya Aidil 0176957998


Wednesday, 10 September 2014

Masak Lemak cili padi

Alhamdulillah, rezeki utk arini my BFF ismail jaafar masak kan ayam masak lemak cili padi kegemaran aku..
Rasa teruja sangat arini nak makan bila keluar pergi keje tadi bukak peti pos dapat rezeki dr tupperware..

So tak sia2 minat dan berusaha utk capai apa yg kita ingin kan..
Cek yg saya dpt arini bukan utk saya tapi utk kedua dua ibubapa saya sbg tanda terima kasih. Saya kongsi kan kegembiraan dan rezeki ini dengan membawa mereka bercuti ke pulau pinang pada bulan Nov nanti.

Jom anda kat luar sana yg masih tercari cari bisnes apa nak buat boleh le hubungi saya Aidil 0176957998.


Monday, 8 September 2014

Rahsia kejayaan bersama Tupperware

Alhamdulillah..bulan ni 29 sept genap le 3 tahun aku join bisnes tupperware brands. Dan selama 3 tahun pelbagai rintangan yg diharungi utk berjaya dan sekarang aku tetap aku trus harungi rintangan utk berjaya mencapai cita cita ku dlm bisnes tupperware.

Berkat usaha dan kesabaran Alhamdulillah dr consultant biasa aku dh rank up 3 star director dan aku mempunyai seramai 10 org director bawah aku. Tahun lps 2013 kenangan yg paling manis bila dpt bercuti free ke Bangkok bersama tupperware brands.




Banyak lg yg nak dikongsi kan tp tunggu lps sy hantar barang customer

Saturday, 6 September 2014

Dropship tupperware



Dropship diperlukan untuk promote barangan seperti:
#tupperware
#nutrimetics
#nanonature
#naturcare
#tupperclean
#tupperchef

Untung anda sendiri tentukan.
Whatsapp saya Aidil 0176957998

Thursday, 4 September 2014

Set textured Canister Tupperware

Set Textured Canister
12 biji pd harga yg sangat istimewa dr Tupperware
Hubungi Aidil Ampang Tupperware 0176957998
Whatsapp/sms