Tuesday 29 October 2013

Menjemput rezeki dengan tekun berusaha

Salam,
Mlm ni saya nak share dgn pembaca blog semua petikan dr buku Mudahnya menjemput rezeki..anda perlu beli dan baca kerana segala kisah yg disampaikan amat bermakna buat kita semua kerana "sesungguhnya Dia memberi rezeki kpd sesiapa yang dikehendakiNya dgn tidak terhitung jumlahnya".

Siapa berani mengatakan ibu jari adalah jari yang paling penting?siapa pula yg berani mendakwa jari telunjuklah yg paling utama? Memang begiu lah hakikatnya. Setiap jari di tangan kita mempunyai fungsi yang tersendiri. Tidak sanggup kah kita mengatakan bahawa salah satu jari lebih penting drpd jari lainnya. Setiap jari adalah penting.

Begitulah juga dlm rezeki. Allah mengikat rezeki kita mengikut pekerjaan masing-masing. Jesteru tiada pekerjaan yg lebih utama dr lainnya. Masing2 mempunyai fungsi yg tersendiri. Tiada pekerjaan yang namanya pekerjaan besar dan pekerjaan kecil.

Begitu juga dengan rezeki. Banyak atau sedikitnya rezeki bukanlah bergantung kpd jenis pekerjaan, tetapi bagaimana kita bersikap terhadap pekerjaan tersebut. Kata kuncinya kesungguhan.

Sesiapa sahaja yg bersungguh-sungguh pasti akan mendapati rezeki yang melimpah dalam pekerjaannya. Sebaliknya, orang yg tidak bersungguh maka ramailah orang akan berpaling darinya.

So ambil lah peluang yang ada utk mencari rezeki asalkan halal.




posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment