Wednesday 8 January 2014

Membersihkan Produk Tupperware

Ramai yang tanya dengan saya mcm mana lah nak bersih tupperware ni drpd tercalar..

Berikut ialah cara-cara untuk membersihkan dan menjaga produk

☆Sebaik baik semasa mencuci Tupperware gunakan air suam/sejuk dan sponge lembut semasa mencuci bekas.
☆Elakkan daripada menggunakan sponge kasar kerana ia boleh mencalarkan bekas tupperware kesayangan anda.
☆Pastikan anda menggunakan cecair pencuci (liquid detergent) bukannya pes pencuci (dishwashing paste) kerana kadangkala terdapat butiran kasar di dalam kandungan yang boleh mencalarkan tupperware..apakata beralih kepada Dish Wash concentrate Tupper clean.
☆ Keringkan dengan tisu/tuala lembut atau biarkan kering sendiri

Yang ini memang ramai bertanya kat saya..macam mana plak kalau bekas tupperware ada kesan kari?
Jika ada kesan kotoran seperti kesan kuah kari, gunakan serbuk baking soda untuk menghilangkannya dengan membiarkan baking soda di dalam bekas semalaman. Cuci bersih-bersih keesokannya.

SAYANGI LAH TUPPERWARE ANDA..



posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment