Friday, 24 October 2014

Bagaimana cara memikat hati pelanggan

Soft selling adakah teknik menjual “sambil menyelam minum air”, iaitu sambil kita kongsikan sesuatu di bahagian status Facebook, orang akan mahu beli produk kita, ataupun bertanya mengenai bisnes dan produk kita.Cara untuk melakukannya cukup mudah, seperti berikut:

1. Soft selling bukan promosi terang-terangan. Jangan guna perkataan seperti “beli sekarang”, “klik sekarang”, “hubungi saya sekarang”, “promosi terhad!”, “diskaun hebat!” dan sebagainya. Ia tidak sesuai di personal profile.

2. Gunakan ayat bentuk bercerita. Contohnya katakan kita baru balik dari pejabat pos, kita letak sekali gambar yang telah diposkan dan beritahu kita baru saja balik dari pejabat pos.Contoh lain, kita ceritakan respons pelanggan dalam bentuk bercerita, seperti, “Saya amat gembira kerana kebanyakan pelanggan yang guna produk ini hantar SMS perkembangan yang positif.” Sertakan gambar produk bersama tulisan tersebut.

3. Beritahu tugas yang sedang dilakukan. Contoh: “Sedang siapkan tempahan pelanggan. Perlu diposkan sebelum jam 3 petang ini.”

4. Kongsi cerita sebenar. Contohnya anda bercerita mengenai bisnes yang sedang dilakukan. Mengapa menceburi bisnes itu, matlamat, perancangan dan sebagainya. Sebut nama produk jika perlu.

5. Boleh letak link website ataupun fan page bisnes di setiap perkongsian soft selling seperti di atas, tetapi elakkan terlalu kerap. Beritahu link informasi produk setelah ada yang bertanya di ruangan komen.

6. Wujudkan sebuah album khas produk. Letakkan maklumat jelas bagi setiap produk. Elakkan letak harga. Biar prospek bertanya sendiri sama ada di bahagian komen gambar ataupun melalui Inbox. 

posted from Bloggeroid

Wednesday, 15 October 2014

Peluang bisnes bersama Tupperware Team Power

Anda minat berniaga
Anda minat bercuti percuma
Anda sedang mencari pendapatan sampingan
Jika Ya..Saya dan rakan2 #teampower sedia membantu
Whatsapp atau wechat
0176957998
#bisnes #tupperwaremalaysia #tupperwareampang
#surirumah






posted from Bloggeroid

Monday, 6 October 2014

Sunrise Set Tupperware

Sunrise set tupperware
Limited released
Harga promosi RM222.20
25% DISCOUNT jika anda daftar utk kad keahlian
Hubungi saya Aidil Ampang Tupperware
Whatsapp atau sms
0176957998

Tuesday, 23 September 2014

Kuih seri Ayu

Salam semua..
Tadi kat dalam group whatsapp Team Power ada yang bertanya kan resepi kuih seri ayu..jom dy nak bg resepi

Nak buat acuan plak takde..ingat lagi masa sekolah bgn pg2 buat kuih seri ayu dan hantar jual kat pasar pagi..masa tu nak kumpul duit utk bayar yuran SPM..ni pun belajar dr mak saudara dan balik dy buat sendiri..

Bahan2 nya

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudukecil ovellete
1 sudukecil perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putih + dgn sikit tepung gandum dan garam
1 sudu kecil baking powder dan ayak bersama tepung gandum
Petua...
Ayak tepung sebanyak 2 kali bg ringan tepung tu

Cara-cara

1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg.
2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih hingga masak.gunakan lidi utk test sama ada melekat pada lidi atau tak

Petua
Pukul telur dulu sehingga berbuih baru masukkan gula dgn ovellet
Selamat mencuba

Sunday, 21 September 2014

Lompat Tikam Tupperware

Hari ke2 di dapur aidil Tupperware..
So terlintas arini nak buat kuih lompat tikam..

Ingat plak negeri cik siti wan kembang tempat aku dibesarkan.

Jom apa kata korang cuba buat sbb simple je.

Kuih Lompat Tikam


Lapisan hijau:
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur

Lapisan putih:
1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam

Pulut Merah
1 cawan pulut
Santan cair secukupnya
Garam secukupnya

Air gula melaka:
1keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan

Cara lapisan hijau:
Gaul rata semua bahan lapisan hiau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk diangkat, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk kayu.

Masakkan adunan ini ke dalam kuali dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula mula saya kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.


 
Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.  


Cara lapisan putih:
Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.

Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.

Nota: lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap


Cara Pulut Merah:
Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit. 

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.    

Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan.
Masukkan juga sedikit pulut.

Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka.



Saturday, 20 September 2014

Pink organizer multipurpose Tupperware

Bersempena dgn hari kelahiran saya yang ke ... pada 23 Sept ni, saya nak kasi special price utk pink organizer multipurpose.

Harga nya adalah RM60
Stok hanya ada 10 set sahaja..sapa cepat dia dapat.
Hubungi saya Aidil 0176957998



Agar-agar santan gula melaka

Alhamdulillah barang yg customer pesan dah pun hantar tadi..so apa kata kita masuk dapur buat agar2 santan gula merah.

Korang nak ke resepi..jom saya share dgn korang resepi ye dan selamat mencuba.



RESEPI AGAR AGAR NISE / GULA MELAKA
Bhn2

Agar2 tali - 1/2 paket yg 20gm tu
Air - 3 cawan
Santan - 1 cawan
Telur - 1 biji 'A' ( pecahkan ke dlm sntan)
Nise / gula melaka - 3 keping
Sdkt gula

- masak agar2 dgn air hingga agar2 larut.
- masukkan nise/ gula melaka dan sdkt gula.
- bila nise dan gula dh hancur, masukkan sntan bersama telur.
- pastikan agar2 sentiasa dikacau.
- bila mendidih kali pertama, terus tutup api..
- sejukkan dan sedia dimamam...