Monday 3 March 2014

3 Pesanan Jutawan MLM - Irfankhairi.com

Bila sebut sahaja MLM, berbagai tanggapan yang timbul di benak kita. Ada yang suka, tak kurang juha yang tak suka. Namun, tidak boleh dinafikan bahawa MLM adalah salah satu cara yang paling banyak menghasilkan jutawan di dunia!

MLM merupakan sistem pengedaran perniagaan, di mana pada asasnya ia berfungsi untuk menyalurkan produk daripada pengeluar, kepada pengguna akhir. Dalam proses tersebut, keuntungan akan dibahagikan kepada mereka di dalam aliran network sesuatu MLM.

Di sini saya kongsikan dengan anda 3 Pesanan Jutawan MLM!

Pesanan pertama: Mula kecil

Jangan segan silu untuk mula kecil. Kebanyakan mereka yang berjaya dalam MLM bermula dengan modal yang kecil dan menjual inventori yang sedikit. Katanya, sikit-sikit , lama-lama jadi bukit. Ianya sebenarnya proses mempelajari selok belok MLM ketika kecil ini dapat mengembangkan pengetahuan kita kepada dunia MLM yang lebih besar.

Ketika kecil, kita akan pelajari asam garam membuat jualan, mencari down line, membuat presentation, memujuk dan berkomunikasi.
Tidak mengapa bermula dari bawah. Mereka yang tidak mahu bermula dari bawah biasanya adalah mereka yang akan sentiasa tinggal di bawah.

Pesanan kedua:Lakukan apa sahaja

Untuk berjaya dalam MLM perlu rajin berusaha dan tidak kenal erti putus asa. Kini terdapat tanggapan negatif mengenai MLM, ada yang malu hendak menjual. Namun perlu ingat, menjual dan berniaga adalah sesuatu perkara yang murni. Tidak perlu malu, kerana bukannya kita Pelanggan dan down line adalah segala-galanya. Untuk berjaya, perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelanggan dan juga down line.

Bak kata pakar network marketing, " If you do not do networking, you are NOT working".

Pesanan ketiga: Pilih syarikat yang betul

Memilih syarikat MLM juga perlu berhati-hati. Terdapat kriteria-kriteria yang perlu diikuti untuk memastikan perniagaan MLM kita berjaya. Antara kriterianya adalah:
★Pilih syarikat yang menjual produk berkualiti dan mempunyai reputasi
★Harga yang kompetetif







posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment